Selasa, 23 Disember 2008

SALAM BUAT SEMUA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...
Teropong Ajaib (TA) tumpang lalu...
Sebenarnya tiadalah niat dihati TA untuk menyibuk-nyibuk menjadi penulis blog. Cuma blog ini dicipta sekadar untuk berkongsi cerita, suka dan duka, aneh dan seram serta pelbagai pengalaman yang kita alami didalam menjalani kehidupan seharian.
Kadang-kadang ingin sahaja TA menjerit..melepaskan geram bila terbaca kisah yang tersiar berkenaan kekejaman dan hikayat manusia hilang akal.
Kadang-kadang ingin sahaja TA menangis, berkongsi duka kepada mereka yang dilanda keperitan.
Kadang-kadang pening kepala dibuatnya bila melihat aksi pemimpin-pemimpin politik di negara kita ni yang bermacam rupa dan gaya serta kerenahnya.
Kadang-kadang TA tertanya-tanya tentang misteri yang berlaku disebalik tragedi seram dan pelik yang menyinggahi benak pemikiran kita..
Ayuh..sama-sama kita kongsikan....
Salam dari Teropong Ajaib...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan