Ahad, 28 Disember 2008

YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN MANGKAT

Oleh Ziauddin Sharudin, Hussain Said dan Che Wan Badrul Aliasbhnews@bharian.com.my


SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana angin ahmar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Norzam Mohd Nor, berkata Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin dan anak baginda, Datuk Seri Tuanku Puteri Jawahir serta dua cucu berada di sisi baginda ketika mangkat.

Beliau berkata, baginda mengadu sakit kepala dan tidak selesa kira-kira jam 8.10 pagi dan berikutan itu dua pakar perunding kanan HTJS, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K Sree Raman, dipanggil ke Istana Hinggap di sini untuk memberikan rawatan.

"Ketika dua pakar itu tiba di istana pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan baginda dibawa ke HTJS untuk rawatan segera,” katanya pada sidang media khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJS.

Hadir sama Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh; Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainal Arifin Omar dan kerabat Diraja Negeri Sembilan.

Norzam berkata, Tuanku Ja'afar kemudian dibawa ke HTJS dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha dilakukan oleh doktor pakar, termasuk memberi rawatan kecemasan. "Bagaimanapun, baginda disahkan mangkat kira-kira jam 11.45 pagi," katanya. Norzam berkata, jenazah Almarhum akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk istiadat penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara. "Istiadat pengebumian akan diadakan selepas solat Asar Isnin ini.
“Jenazah akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai mulai petang ini (semalam),” katanya.

Sehubungan itu, Norzam berkata, Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari, bermula semalam. Sepanjang tempoh itu, semua premis, pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang. "Dalam tempoh itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih, manakala wanita memakai lilitan putih di lengan. "Selain itu, semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh (dihentikan) sepanjang tempoh tujuh hari.

Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini (semalam),” katanya. Norzam berkata, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London sudah dimaklumkan mengenai berita kemangkatan baginda dan beliau dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi, hari ini.
TA: AL-FATIHAH....

Jumaat, 26 Disember 2008

MAKAN TENGAHARI

Dah pukul 4 petang baru TA berkesempatan mengisi perut yang dari tadi berkeroncong alternatif..bukannya apa..."tempat keramat" TA ni memang tak boleh ditinggalkan...makan pun taklah jauh sangat..kat sebelah je...Lapr punya pasal apa pun sedap..TA makan berdua..
Nasi goreng USA...kat Amerika gerenti takde nasi ni..

Bihun goreng....

HAJI TAK PERGI..RM32,000 LESAP

MELAKA 26/12/2008- Apabila Lembaga Tabung Haji menyenaraikan gilirannya untuk menunaikan fardu haji pada tahun 2011, seorang wanita bertindak membeli pakej haji swasta bersama suaminya untuk pergi naik haji lebih awal tahun ini.
Malangnya, wang yang dibayar sebanyak RM32,000 kepada seorang lelaki yang mengendalikan urusan tersebut akhirnya lesap entah ke mana hingga ke hari ini.
Wanita berusia 55 tahun yang mahu dikenali sebagai Kak An itu berkata, persetujuannya untuk mengambil pakej tersebut adalah atas dasar percaya.
"Seorang saudara saya pernah menggunakan khidmat lelaki yang hanya dikenali sebagai Haji Affendi ini dan kerana itu saya tidak menolak pelawaannya ketika dia menghubungi saya pada pertengahan September lalu.
"Dia mendakwa pakej yang dibawa semuanya menggunakan kuota VIP (orang kenamaan) dan saya dipelawa menyertainya," katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Kak An, bayaran pertama dibuat sebanyak RM3,000 pada pertengahan September lalu untuk membuat visa.
"Saya seterusnya membayar lagi kepada lelaki itu secara berperingkat hingga jumlah yang telah dibayar mencecah RM22,000," katanya.
Bayaran terakhir dilakukan pada 26 November lalu berjumlah RM10,000 dan beliau turut menyerahkan pasport antarabangsanya dan suami kepada lelaki berkenaan.
TA: Kesian pada mangsa...mungkin keghairahan menunaikan fardhu haji membawa padah. TA doakan mangsa tabah atas ujian dari Yang Maha Esa..biar yang menipu cepat-cepat ditangkap...kepada yang lain TA harap jangan mudah tertipu ye..

Rabu, 24 Disember 2008

IBU HARIMAU ANAK BABI..RENUNGKANLAH..

Salam semua....TA tumpang lalu ye...Kali ni TA ingin paparkan kisah kehidupan.Bukan kehidupan manusia..tapi haiwan yang bergelar sang belang...ghimau la tu..Kejadian di sebuah zoo di California, seekor ibu harimau melahirkan tiga anak harimau. Sayangnya ketiga-tiga anak harimau tersebut mati tidak lama setelah dilahirkan. Dan setelah itu si ibu mulai mengalami kemurungan (tau-tau je doktor kat sana tu). Hal tersebut dikatakan kerana ibu harimau tersebut sedih akibat kehilangan ketiga anaknya.
Para petugas yang menanganinya memutuskan mencari pengganti bagi ketiga anak harimau yang telah mati. Para petugas tersebut memutuskan untuk mencuba sesuatu formula yang belum pernah dicuba dimana-mana zoo dalam dunia ni iaitu menggantikan dengan anak babi yang juga baru lahir.
Para petugas zoo terbabit telah membungkus anak babi di dalam kulit harimau dan menempatkan anak-anak babi tersebut berdekatan dengan ibu harimau. Persoalannya adakah ibu harimau tersebut akan mengenalinya perubahan fizikal ketiga anaknya yang mati itu………….???Silap gaya mahu ditelannya anak babi tu...
Bukanlah TA nak cerita suka-suka tentang harimau dan babi..cuma bila TA meneliti reaksi ibu harimau tersebut didalam gambar dibawah ni..umpama ada sentuhan kasih sayang diantara kedua-dua haiwan " berbeza taraf " ni. Si ibu tetap menjaga "anaknya" begitu juga "sang anak" yang menganggap itulah ibunya. Agaknya si ibu sempat memikirkan " akukah yang tak cantik atau anak akukah yang buruk??"(sekadar bergurau).Mereka nampak mesra. Namun apa yang TA sedihkan apabila memikirkan manusia di zaman ini yang mana dari satu keturunan,satu taraf,mempunyai talian darah ibu dan anak..anak dan bapa, sanggup buang membuang antara mereka..apa nak jadi??Fikir-fikirkan....


Mesranya....


Ibu harimau :Alahai anak mak...
Anak babi :Oh! ibuku....
Mereka berdua : Apasal lain ye?


Apakah kesudahannya??

Selasa, 23 Disember 2008

LATEST FASHION IN TOKYO!!

Apa penilaian korang tentang fesyen terkini ni??Cantik ke?Orang kat Malaysia sampai sanggup tanam susuk nak jadi cantik..tapi orang Jepun ni....Lu fikirlah sendiri...


Jembalang dipasar raya??Oh!!orang rupanya.


Anak sapa la ni??anak orang ka...orang u**n ka??


"Sundel bolong" nak exersice..

BLACKOUT!!!

TA ingatkan kat rumah je takde elektrik..rupanya kat tempat kerja pun sama...nasib baik tak lama..kalau tak terpaksalah TA menjaga "tempat keramat" tu sampai petang sorang-sorang. Tak sampai 2 minit elektrik on semula...menderulah customer mai...hehe..untung besar hari ni....Kepada semua customerku...korang ni kalau aku tak buka "tempat keramat" ni sehari maknanya mati kutulah korang..hahahahaha....

MANUSIA BERNAFSU HAIWAN


Oleh Ahmad Saufi Mansoropie@hmetro.com.my

BUTTERWORTH: Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama.

Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini. “Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ,” katanya.Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.

Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya.Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama.“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.“Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya enggan mengulas lanjut.


TELESKOP AJAIB (TA): Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni?? Buas melebihi binatang..agaknya si pelaku ni dulu masa kecik-kecik pun elok dicabul juga. Biar dah besar jadi kurang sifat..bukan kurang akal macam sekarang ni. Kalau betul diorang ni salah..hukum sekeras-keras hukuman. Jangan bagi chance....