Rabu, 24 Disember 2008

IBU HARIMAU ANAK BABI..RENUNGKANLAH..

Salam semua....TA tumpang lalu ye...Kali ni TA ingin paparkan kisah kehidupan.Bukan kehidupan manusia..tapi haiwan yang bergelar sang belang...ghimau la tu..Kejadian di sebuah zoo di California, seekor ibu harimau melahirkan tiga anak harimau. Sayangnya ketiga-tiga anak harimau tersebut mati tidak lama setelah dilahirkan. Dan setelah itu si ibu mulai mengalami kemurungan (tau-tau je doktor kat sana tu). Hal tersebut dikatakan kerana ibu harimau tersebut sedih akibat kehilangan ketiga anaknya.
Para petugas yang menanganinya memutuskan mencari pengganti bagi ketiga anak harimau yang telah mati. Para petugas tersebut memutuskan untuk mencuba sesuatu formula yang belum pernah dicuba dimana-mana zoo dalam dunia ni iaitu menggantikan dengan anak babi yang juga baru lahir.
Para petugas zoo terbabit telah membungkus anak babi di dalam kulit harimau dan menempatkan anak-anak babi tersebut berdekatan dengan ibu harimau. Persoalannya adakah ibu harimau tersebut akan mengenalinya perubahan fizikal ketiga anaknya yang mati itu………….???Silap gaya mahu ditelannya anak babi tu...
Bukanlah TA nak cerita suka-suka tentang harimau dan babi..cuma bila TA meneliti reaksi ibu harimau tersebut didalam gambar dibawah ni..umpama ada sentuhan kasih sayang diantara kedua-dua haiwan " berbeza taraf " ni. Si ibu tetap menjaga "anaknya" begitu juga "sang anak" yang menganggap itulah ibunya. Agaknya si ibu sempat memikirkan " akukah yang tak cantik atau anak akukah yang buruk??"(sekadar bergurau).Mereka nampak mesra. Namun apa yang TA sedihkan apabila memikirkan manusia di zaman ini yang mana dari satu keturunan,satu taraf,mempunyai talian darah ibu dan anak..anak dan bapa, sanggup buang membuang antara mereka..apa nak jadi??Fikir-fikirkan....


Mesranya....


Ibu harimau :Alahai anak mak...
Anak babi :Oh! ibuku....
Mereka berdua : Apasal lain ye?


Apakah kesudahannya??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan